MAKLUMAN UMUM
Dimaklumkan mulai 1 Disember 2025, permohonan baharu/ pembaharuan/ pindaan/ pembatalan Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB) akan menggunakan Sistem Permit Bekalan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Sehubungan itu, permohonan baharu/ pembaharuan/ pindaan/ pembatalan PBKB melalui BLESS 2.0 hanya diterima sehingga 23 November 2025. Justeru itu, tiada permohonan akan diproses dalam tempoh 24 November 2025 sehingga 30 November 2025 bagi tujuan peralihan sistem.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Seksyen Kawalan Bekalan Bahagian Penguat Kuasa KPDN Putrajaya atau mana-mana Pejabat KPDN Negeri dan Cawangan.
Talian Helpdesk: 03-8882 7050/ 6740/ 6107
E-mel: permit_bpgk@kpdn.gov.my
MAKLUMAN UMUM
Permohonan melalui Sistem BLESS 2.0 adalah terhad kepada lesen atau kelulusan yang melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) sahaja.
Bagi permohonan yang melibatkan kementerian, agensi atau Pihak Berkuasa Melesen (PBM) selain KPDN, sila rujuk
Sistem BLESS 1.0 .
APLIKASI MUDAH ALIH MYBLESS
Pengguna Sistem BLESS boleh memuat turun aplikasi mudah alih MyBLESS secara percuma melalui Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk menyemak status permohonan yang di mohon dan status lesen terkini.